Pages
Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran
Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan PPG-UMS
3 Jun 2012
4 Jun 2012
5 Jun 2012
6 Jun 2012
7 Jun 2012
Kuliah Hari Kedua
Kuliah Hari Ketiga
Perbincangan Dalam Kumpulan
Untuk guru PJK, cikgu boleh buat untuk matapelajaran sains, matematik atau mana2 matapelajaran yang cikgu ajar sekarang
1. Analisa isi kandungan matapelajaran Sains (Tahun 1 - Tahun 6)
2. Pilih satu bab dari banyak2 bab yang ada dari Tahun 1 hingga Tahun 6
3. Cari bahan yang sesuai untuk digunakan semasa mengajar bab itu - bahan2 yang dimaksudkan mestilah dari perisian instruktional
4. Akan tetapi semua jenis perisian instruktional mesti ada (digunakan) untuk setiap Bab
Untuk hari ini perbincangan kita akan merujuk kepada modul yang telah cikgu beli, cikgu ada bawa modul cikgu hari ini? kalau tak bawa, tak apa sebab saya akan beri arahan pada edmodo ini.....
Untuk jam yang pertama, setiap kumpulan cari bahan-bahan yang berkaitan dengan,
1. Pengintegrasian Perisian Instruktional dalam PnP yang terdiri daripada latih tubi, tutorial, simulasi, permainan instruktional, penyelesaian masalah dan sistem pembelajaran bersepadu.
(satu kumpulan - satu bab dalam Tahun yang berbeza)
contohnya... kumpulan 1 membuat Bab 1 Tahun 1, apa yang harus dilakukan adalah cari perisian instruktional (terdiri daripada latih tubi, tutorial, simulasi, permainan instruktional, penyelesaian masalah dan sistem pembelajaran bersepadu) yang sesuai dan bagi pendapat mengapa perisian2 tersebut dipilih. Boleh dijawab menggunakan beberapa RPH berdasarkan berapa kali pengajaran perlu dilakukan untuk satu bab tersebut
Kerja Kursus 1
TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
Tugasan 1A: Perbincangan Forum (20%) Tarikh akhir: sebelum fasa ke-3
Secara individu, pelajar dikehendaki terlibat dalam perbincangan forum. Sekurang-kurangnya 4 ‘post’ akan dihantar ke facebook. Markah berjumlah 20% akan diberikan berdasarkan kekerapan dan kupasan positif pelajar terhadap perbincangan yang diberikan. Rubrik bagi penilaian markah untuk perbincangan forum adalah seperti berikut:
| SKALA MARKAH | KRITERIA KEKERAPAN PENGLIBATAN DALAM FORUM |
| 5 % | Penglibatan forum amat memuaskan. Kupasan yang diberikan hebat dan membanggakan. |
| 4.5 –3.57 % | Penglibatan forum baik. Kupasan yang diberikan memuaskan. |
| 3 – 2 % | Penglibatan forum kurang dari dua kali. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas dan hanya sekadar dua atau tiga ayat sahaja. |
| 1.5 – 0.5 % | Penglibatan forum tidak memberangsangkan. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas seperti ‘setuju’, ‘ya, saya sokong’. |
| 0 % | Tiada bukti penglibatan dalam forum langsung. |
Tugasan 1B: Esei (10%) Tarikh akhir: 1 April 2012
Secara individu, pelajar dikehendaki menulis esei berdasarkan persoalan berikut. Esei yang telah sempurna hendaklah diemelkan kepada pensyarah masing-masing menggunakan alamat emel yang diberikan berdasarkan kumpulan anda. Esei perlu ditulis antara 4 hingga 5 muka surat sahaja dalam format *.pdf, *.doc atau mana-mana format yang bersesuaian. Pemarkahan bagi tugasan ini adalah berdasarkan kandungan serta kupasan esei yang ditulis.
![]() |
Tugasan 1C: Penilaian Sumber Pembelajaran (15%) Tarikh akhir: 1 Jun 2012
Secara kumpulan, pelajar dikehendaki menilai sekurang-kurangnya empat (4) sumber pembelajaran (CD PPSMI, CD Sekolah Bestari, CD komersil, youtube, dll). Buat ulasan untuk setiap sumber pembelajaran. Banding beza keempat-empat sumber pembelajaran tersebut. Cadangkan pembangunan sumber pembelajaran yang sesuai dengan murid anda. Anda boleh menggunakan model ADDIE sebagai asas kepada penilaian anda. Bagi tujuan penilaian, markah yang diberikan berjumlah 15%. Pecahan markah bagi tugasan ini adalah seperti berikut:
| KRITERIA | MARKAH |
| Ulasan bagi setiap bahan pembelajaran | 5 |
| Analisis bahan-bahan pembelajaran | 5 |
| Cadangan yang diberikan | 5 |
| JUMLAH | 15 |
Tugasan 1D: Pembangunan Blog (25%) Tarikh akhir: 1 Jun 2012
Secara kumpulan, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar dibenarkan memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka. Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 20%, pelajar dikehendaki memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama, nombor matrik dan topik masing-masing diletakkan di muka hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube, FaceBook, Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kandungan (5%) serta senireka persembahan blog:
| KRITERIA | MARKAH |
| Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian | 10 |
| Senireka blog serta daya tarikan | 5 |
| Teknik serta kaedah mengajar /teknologi yang digunakan dalam blog seperti video, animasi dan sebagainya | 10 |
| JUMLAH | 25 |
* Plagiat bagi mana-mana tugasan adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pelajar didapati meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan.



